Tuesday, December 29, 2009

Kejujuran Yang teragung

Kejujuran? Memang sesuatu yang amat sulit untuk kita perjelaskan maknanya... Tanyalah kepada sesiapapun malah ada diriku sendiri apakah makna kejujuran itu? Pasti kita hanya pandai berkata-kata namun jarang sekali dapat kita lakukan sebuah kejujuran. Susah untuk kita mencari seorang yang jujur di zaman sekarang kerana kejujuran itu satu harta yang sukar untuk kita temui. Sesuatu yang amat ternilai harganya. Jaangankan kita untuk jujur kepada orang lain bahkan pada diri sendiri pun kita tidak jujur.

Persoalannya di sini. Apakah sukar bagi kita untuk berlaku jujur? Walaupun tidak pada orang lain, bisakah kita jujur pada diri kita sendiri? Ataupun sememangnya kita tidak mahu berlaku jujur? Sukar sangatkah untuk kita berlaku jujur?

Sememangnya sesiapa yang berlaku jujur selalunya memakan diri sendiri, menyusahkan diri sendiri, mendatangkan masalah pada diri sendiri. Itulah adat didunia ini. Kadang kala kejujuran sering sahaja disalah ertikan. Sering sahaja dipandang remeh dan enteng oleh masyarakat sekarang.

Apakah yang menyebabkan kita tidak berlaku jujur? Misalannya ramai mengatakan seringkali wanita akan berlaku tidak jujur dalam perhubungan. Ya ada benarnya...tapi bukanlah hanya wanita lelakipun turut berlaku tidak jujur.

Bayangkanlah apabila seseorang wanita itu berkawan dengan lelaki lain sedangkan ia hanyalah rakan sekerja dan tidak lebih dari itu, tetapi takut untuk menyatakan pada teman lelakinya. Niatnya adalah kerana " takut teman lelakinya marah, takut perhubungan renggang, takut berlaku pergaduhan" Mereka mula tidak memberitahu kepada pasangan mereka dengan alasan mahu menjaga perhubungan. Adakah salah apa yang dilakukan oleh wanita itu?

Adakah kejujuran itu bererti tiada sebarang rahsia? Adakah kejujuran itu menceritakan segalanya tanpa selindung? Atau kejujuran itu hanya suatu tuntutan sahaja?

Aku juga seringkali tertanya apakah selama ini aku bersifat jujur? Jujur yang seperti manakah yang diingininya? Seseorang pernah memberikan formular kejujuran kepadaku sebagai suatu peringatan dan nasihat khususnya bagi wanita dalam menjalinkan perhubungan.

FORMULA 1: TERLALU JUJUR = BERGADUH
FORMULA 2: TAK JUJUR = TAK BERGADUH
Ramai wanita/gadis memilih formula 2 demi menjaga perhubungan mereka.
Dan jarang sekali wanita/gadis memilih formula 1 kerana ia akan sakit dan akan sering ditimpa masalah.

Kesimpulannya: Oleh itu demi menjaga perhubungan maka ramailah wanita-wanita di dunia ini "TIDAK JUJUR"

Seringkali berlaku jujur, tapi mengapa masih lagi tidak dipercayai? Persoalan yang seringkali kita tertanya-tanya. Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Dalam perhubungan perlu ada kejujuran kerana kejujuran itulah yang membawa kunci kebahagiaan kepada kita. Biarpun ia seringkali mendatangkan masalah kepada kita tetapi itulah suatu perkara yang amat ternilai kerana kejujuran itu tidak lahir dari kepura-puraan atau pembohongan tetapi ia wujud dari keikhlasan hati kita sendiri.

Jujurlah anda selalu dalah setiap apapun yang kita lakukan. Renungkanlah:
Mampukah kita jujur kepada Allah swt atau sesama manusia sedangkan kita tidak jujur pada diri kita sendiri

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...